Y Thursday 17 May 2007 Y
05:16

'Remaja dan penyalahgunaan telefon bimbit'

Pada pendapat saya, kebanyakan remaja salah mengguna telefon bimbit dengan kelakuan yang tidak sopan. Contoh-contohnya: menggunakan telefon bimbit berkamera untuk merakamkan aksi teman-teman, yang ada kalanya boleh dianggap lucah. Dan juga menggunakan telefon bimbit berkamera untuk mengambil gambar guru yang sedang mengajar atau dalam keadaan yang boleh menimbulkan rasa malu atau mencemarkan nama baik guru. Kesan-kesannya ialah memalukan nama sekolah dan nama keluarga mereka. Langkah-langkah proaktif yang harus diambil bagi menangani penyalahgunaan telefon bimbit di kalangan remaja ialah, ibu bapa perlu menyemak telefon bimbit anak- anak mereka untuk memastikan supaya tidak mengandungi benda lucah. Lagi satu di antara langkah-langkah proaktif ialah menjaga telefon bimbit dengan baik supaya boleh digunakan seberapa lama.


"Bahasa Ibunda." - Marlieyana.♥

Y Thursday 15 February 2007 Y
01:39

Tiga Cerpen tentang Peribahasa


Minah berlagak sombong dan dia banyak nenbazir wang setelah dia dijodohkan dengan Yusry, seorang lelaki yang maju dalam perniagaan. Beberapa hari kemudian, apabila Minah ingin pergi berbelanja, Yursy berkata bahawa perniagaannya merosot dan tidak ada wang lagi. Mulai hari itu, Minah janji untuk membersihkan runah dan mencari kerja.



Farhan telah menunggu untuk masa yang sesuai untuk serbu seekor ayam dari rumah Pak Ali. Setelah waktu malam tiba, dia dapat menangkap seekor ayam yang besar dan garang. Setelah menutup rebannya, ayam itu pun terlepas dari tangannya itu. Kelakuan menyejar ayam itu telah membangunkan keluarga Pak Ali. Farhan Telah ditangkap mencuri ayam Pak Ali. Setelah itu, Farhan meminta maaf kepada Pak Ali dan keluarga dan janji membersihkan reban ayam itu.



Lim seorang yang cepat-cepat marah walaupun orang yang dimarahinya belum tentu terbukti kesalahannya. Rakan-rakan beliau cukup kenal perangainya itu lalu mereka tidak bercampur dengannya lagi.

Labels:



"Bahasa Ibunda." - Marlieyana.♥

Y Tuesday 13 February 2007 Y
16:39

Lima ayat mengandungi peribahasa.

1) Siti seorang jutawan yang termuda yang hidupnya senang selalu seperti besar periuk besar keraknya.


2) Adik terseliuh kakinya kerana terjatuh di hadapan bilik mandi di hadapan orang ramai, dia seperti biar putih tulang, jangan putih mata.


3) Samad dan Mamad adalah dua orang rakan yang rapat, apabila mereka berbaik, kerja mereka berjaya, apabila mereka bermusuh, kerja mereka tidak akan maju, bak kata, bertelingkah bagai antan di lesung.


4) Ariff seorang murid yang nakal selalu merangcang seuatu benda yang tidak elok dilakukan yang belum pasti diperolehi seperti burung terbang dipipiskan lada.


5) Nenek tidak suka menyakiti hati sesiapa bila berbual jadi dia cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.


"Bahasa Ibunda." - Marlieyana.♥

Y Wednesday 10 January 2007 Y
21:20

Nama saya Nur Marlieyana Hamid. Saya berumur empat belas tahun. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Fajar dan di kelas 3E2. Buat sementara ini saya tidak mempunyai ko-kurikulum. Mungkin saya akan memasuki Kelab Melukis, kerana saya gemar melukis dan ia juga tenangkan fikiran saya.

Saya mempunyai seorang kakak bernama Nur Sofieyana Hamid di sekolah yang sama juga. Dia dimasukkan ke kelas 5A1. Ko-kurikulumnya adalah Kelab Melukis. Selain dari seorang kakak, saya juga ada adik perempuan di sekolah yang sama juga. Namanya Nur Azzelieyana. Beliau di masukkan ke kelas 1A2.

Lima perkara yang penting pada diri saya adalah; Pertama, sudah tentu ALLAH s.w.t. kerana DIA yang memberi apa yang saya ada sekarang ini. Saya amat syukur kepada-NYA. Kedua, kedua orang tua saya kerana mereka yang membesarkan saya dan memberi saya makan dan minum. Mereka yang menyokong saya hingga hari ini. Ketiga adalah rakan-rakan saya kerana mereka sudi membantu saya apabila saya mengalami masalah. Mereka juga sentiasa memberi saya sokongan yang penuh. Keempat, guru-guru kerana mereka mendidik saya dengan cerdik dan cermat. Kelima adalah peralatan muzik dan telifon bimbit saya kerana tanpa peralatan muzik saya tidak akan dapat menumpuh pada pelajaran dengan tenang, dan tanpa telifon bimbit saya akan membuat ibubapa saya risau jika saya tidak beritahu mereka ke mana saya pergi.


"Bahasa Ibunda." - Marlieyana.♥