Y Wednesday, 10 January 2007 Y
21:20

Nama saya Nur Marlieyana Hamid. Saya berumur empat belas tahun. Saya bersekolah di Sekolah Menengah Fajar dan di kelas 3E2. Buat sementara ini saya tidak mempunyai ko-kurikulum. Mungkin saya akan memasuki Kelab Melukis, kerana saya gemar melukis dan ia juga tenangkan fikiran saya.

Saya mempunyai seorang kakak bernama Nur Sofieyana Hamid di sekolah yang sama juga. Dia dimasukkan ke kelas 5A1. Ko-kurikulumnya adalah Kelab Melukis. Selain dari seorang kakak, saya juga ada adik perempuan di sekolah yang sama juga. Namanya Nur Azzelieyana. Beliau di masukkan ke kelas 1A2.

Lima perkara yang penting pada diri saya adalah; Pertama, sudah tentu ALLAH s.w.t. kerana DIA yang memberi apa yang saya ada sekarang ini. Saya amat syukur kepada-NYA. Kedua, kedua orang tua saya kerana mereka yang membesarkan saya dan memberi saya makan dan minum. Mereka yang menyokong saya hingga hari ini. Ketiga adalah rakan-rakan saya kerana mereka sudi membantu saya apabila saya mengalami masalah. Mereka juga sentiasa memberi saya sokongan yang penuh. Keempat, guru-guru kerana mereka mendidik saya dengan cerdik dan cermat. Kelima adalah peralatan muzik dan telifon bimbit saya kerana tanpa peralatan muzik saya tidak akan dapat menumpuh pada pelajaran dengan tenang, dan tanpa telifon bimbit saya akan membuat ibubapa saya risau jika saya tidak beritahu mereka ke mana saya pergi.


"Bahasa Ibunda." - Marlieyana.♥